Sunday, 24 April 2011

aku bukan ahli PAS, PKR, UMNO,

Aku sebenarnya hanya kesian kepada parti-parti yang kononnya membela agama, bangsa dan negara yang tercinta ini. Namun begitu akhir-akhir ini apa yang aku lihat dan dengar banyak yang dah terpesong dari jalan yang sebenarnya. Sama ada berita itu rekaan, palsu ataupun benar, tak dapat aku nak buktikan dengan akal fikiran aku.

UMNO
dah lama memerintah negara, apa yang aku tahu... banyak penyelewengan yang berlaku. sebagai contohnya banyak tanah-tanah rezab melayu yang dah tergadai kepada bangsa asing akibat daripada pembangunan yang banyak diwar-warkan.  kejadian rasuah yang berleluasa akibat daripada kelemahan penguatkuasaan. Sampai orang-orang kampung aku sendiri ada berkata... kalau nak jadi kaya masuklah UMNO. Kalau nak dapat banyak projek kena jadi ahli UMNO. kalau dah dapat projek kena bagi sikit kat UMNO. Pemimpin-pemimpin mereka hanyalah kenal KRONI, Anak dan BINInya saja. Tetapi apabila dah dekat nak mengundi barulah mereka kenal rakyat bawahan. Datanglah gerombolan untuk membantu kononnya mereka prihatin. nasib baiklah mengundi 5 tahun sekali ada jugak mereka datang menjengok. kalau 10 tahun sekali tak tahulah apa nak jadi.Pemimpin-pemimpin ini ada juga terlalu angkuh sehingga langsung tak mahu mendengar pandangan dan kritikan terhadap mereka. Mereka rasa merekalah yang betul sebetulnya tak ada yang betul melainkan mereka. Kalau teguran yang agak keras ISAlah jawabnya.

PKR
Parti yang masih muda di malaysia, Namun begitu, ramai dikalangan pemimpin-pemimpin yang bercakaran sesama sendiri, langsung tidak ada jati diri yang mantap. Banyak juga wakil-wakil rakyat di kalangan PKR yang melompat. Langsung tidak ada perasaan bersalah terhadap pengundi yang mengundi Parti semasa pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini sebenarnya perasan yang kononnya mereka rasa pengundi mengundi mereka semasa pilihanraya yang lepas, kalau mereka tanya pengundi saya rasa 99.99% akan kata mereka  langsung   tak kenal calon yang mereka undi, mereka hanya tahu mereka ini wakil parti dan lambang parti lah yang sebenarnya mereka pilih. Selain itu, parti ini hanya wujud untuk menjatuhkan parti BN yang memerintah Malaysia ketika ini. Rasanya tidak ada agenda begitu mantap untuk betul-betul dipilih dan dinilai oleh rakyat. Dikalangan pemimpin mereka hanyalah ada untuk membuat demonstrasi untuk membantah segala rancangan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Tak ada hujah yang bernas untuk menangkis segala perancangan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Tak ada juga cadangan untuk penambahbaikan atau penyelesaian yang sepatutnya diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan sebarang masalah.

PAS
Parti yang berlandaskan Islam. Tapi aku lihat kebanyakan ahli-ahlinya tidak juga melaksanakan syariat islam. Ada juga aku dengar kalau nak masuk syurga undi PAS. Tetapi barang kali mereka lupa, bukan undi saja yang boleh masuk syurga, ada lagi yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim itu untuk membolehkan mereka masuk syurga. Seringkali aku dengar ceramah-ceramah mereka ada yang enak aku dengar dan ada juga yang tak enak didengar. Ada juga dikalangan ahli-ahli begitu taksub kepada beberapa pemimpin mereka sampai tak boleh langsung hendak komen tentang kelemahan pemimpin mereka. Isu-isu kafir mengkafir dikalangan sesetengah pemimpin dan ahli menyebabkan ramai dikalangan pengundi tidak beberapa gemar untuk mengundi parti PAS ini. Tambahan lagi isu derhaka yang banyak dimainkan oleh media arus perdana banyak memberi tamparan yang hebat terhadap parti ini. Sepatutnya pemimpin-pemimpin parti ini perlu mencari jalan untuk menangkis serangan dari pihak lawan. sekiranya tidak, parti ini akan kecundang di pilihanraya nanti. Parti ini perlu ada beberapa perancangan rapi untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh lawan. Masalah inilah yang perlu diselesaikan dahulu supaya keyakinan dan sokongan rakyat akan kembali kepada mereka.
Jika kita diserang kita perlu bertahan.. bertahan bukan mengalah tetapi perlu ada strategi untuk menyerang kembali. Jika telah diserang ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih.
Pertahanan yang terbaik adalah menyerang. Untuk menyerang perlu ada strategi. Jika kita menyerang jangan lupa untuk bertahan.

Akhirukalam ingatlah musuh kita hanya menunggu masa untuk mengambil alih pentadbiran negara. Jika kita leka dengan sekelip mata sahaja mereka akan rampas. Pada masa itu kita akan melukut di negara sindiri. Sejarah telah banyak mengajar kita.Dan jangan lah kita lupa tentang sejarah. Ambillah iktibar dari sejarah.

Thursday, 12 February 2009

UMNO ? Masih relevankah ia?

Agak lama saya tidak menulis di ruangan blog ini. Asyik mengambil artikel dari orang lain sahaja. Maaf kiranya ada pembaca atau pemerhati setia blog ini yang disajikan dengan artikel daripada Malaysia kini, Harakah dan Mmutarligat. Sedang mereka mahukan tulisan saya sendiri.
Situasi Politik di Negeri kelahiran saya ini, memotivasikan untuk saya menulis dan meluahkan rasa ketidakpuasan hati yang sedang meluap-luap ini. Jika dilambatkan isunya sudah tidak panas. Maklumlah Melayu, yang mudah sejuk.
Mari kita renung sejenak dan lihat kembali kepada kepala tajk di atas ini, bila terkenangkan peristiwa 8 Mac 2008, Tsunami Politik tanah air juga berlaku di negeri kelahiran saya ini. Dengan tumbangnya kerajaan korupsi UMNO+BN disini menunjukkan rakyat mahukan perubahan di dalam pentadbiran kerajaan negeri. Satu persatu YB-YB UMNO + BN rebah di tangan rakyat yang mereka enjak-enjakkan selama ini. Ini menandakan rakyat sudah muak dengan dakyah-dakyah UMNO + BN.
Gula-gula UMNO + BN sudah tidak berkesan lagi pada tarikh keramat yang menjadi mimpi ngeri buat kaum kerabat mereka. Kuasa rakyat lima tahun sekali itu maha hebat dan lebih dahsyat daripada tsunami yang melanda dunia. Rakyat inginkan sebuah kerajaan yang lebih telus dan adil dan bukannya kerajaan yang hanya mahukan kemajuan dan memenuhkan kantong anak bini dan kroni ini.
Selepas peristiwa 8 Mac itu, kita lihat berlakulah siri-siri pembalasan dendam terhadap rakyat oleh puak-puak UMNO + BN ini. Berlakunya diskriminasi dan penindasan yang terancang oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri. Berlakunya provokasi sehinggalah rampasan kuasa yang berlaku di negeri ini.
Dengan bangga Tok-Tok menteri UMNO + BN melaung-laungkan di media-media arus perdana bahawasanya rakyat telah memberi mandat dan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah semula. Meraka juga berjanji akan membaiki segala kelemahan-kelemahan dan ketidakpedulian mereka selama ini.
Dengan muka tak malunya mereka mengatakan rakyat yang mahukan UMNO + BN semula. Dengan rakusnya mereka merampas hak rakyat majoriti yang inginkan perubahan. Adakah mereka meminta izin daripada rakyat? Adakah UMNO + BN menjaga hati dan perasaan rakyat? Hak rakyat mereka rampas sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan perasaan dan hati rakyat majoriti. Adakah ini dikatakan ingin membaiki segala kelemahan-kelemahan dan ketidakpedulian mereka selama ini. ReLevankah UMNO + BN ?
Sedarlah wahai TOK- Tok Menteri, rakyat majoriti masih belum mahukan anda. Yang mahukan anda hanyalah ADUN-ADUN yang PEMBELOT. PEMBELOT kepada kerajaan yang sah disis undang-undang. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat majoriti. PEMBELOT inilah yang ingin kembali kepangkuan anda, sedangkan rakyat majoriti tidak pernah ingin kembali kepada anda. PERlu lah diingat negeri ini bukan negeri UMNO + BN ini negeri rakyat.
PEMBELOT ini bukan sahaja kepada parti bahkan kepada Negeri, Agama dan Bangsa. Jikalau ditakdirkan PEMBELOT-PEMBELOT ini menjadi Menteri Perdana, musnahlah negara yang tercinta ini seperti mana musnahnya negeri yang tercinta ini di tangan mereka.
Jika direnungkan kejatuhan Kesultanan Melaka
Jika dilihat jatuhnya Rejim Saddam Hussin di IRAQ
Jika dilihat tumbangnya Empayar UTHmaniah di Turki
Jika diamati musnahnya Dinasti MING, HAN, Qing di China
Dalang dan watak utamanya adalah SI PEMBELOT!!!!!!!!!!
PEMBELOT inikah yang dianggap wira oleh UMNO + BN, PEMBELOT inikah yang dianggap pembela rakyat. SI PEMBELOT inikah juga dianggap penyelamat Survival politik UMNO + BN.
Dengan Bangganya Pengerusi BN Negeri berkata, kita telah ada lebih majoriti DUN di Perak untuk membentuk kerajaan baru disini. Sedarlah wahai UMNO +BN, PEMBELOT ini tidak akan puas selagi nyawa masih dibadan. PEMBELOT-PEMBELOT ini mungkin akan BELOT kembali seperti PEMBELOT si BOTA.
Ingatlah PEMBELOT akan BELOT semula, oleh itu berhati-hatilah dengan si PEMBELOT.

Relevankah UMNO + BN mengambil si PEMBELOT
Renungkanlah.

Tuesday, 11 November 2008

Katak 0 Katak

Katak o katak
Mengapa kau suka lompat

Macam mana aku tak lompat
Nak selamatkan nasib rakyat

Katak o katak
Macam mana nak selamatkan nasib rakyat

Macam mana aku nak selamatkan nasib rakyat
Nak tolong rakyat yang merempat

Katak o katak
Mana hang tau rakyat merempat

Macam mana aku tak tau
Semua barang dah meningkat

Katak o katak
Kenapa semua barang meningkat

Macam mana barang tak meningkat
Depa naik minyak cepat sangat

Katak o katak
Mengapa minyak naik cepat sangat

Macam mana minyak tak naik cepat
Ini untuk kaya cepat

Katak o katak
Kenapa depa nak kaya cepat

Macam mana tak kaya cepat
Sebab rakyat dah meluat

Katak o katak
Macam mana rakyat dah meluat

Macam mana rakyat tak meluat
Depa tu pun bukannya baik sangat

Katak o katak
Kenapa kau baik sangat

Ini bukan baik tak baik
Ini untuk dunia dan akhirat.

Kemana PERGINYA RM 5 b?

Ke mana PERGINYA RM5 bilion?
(di edit semula)
Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neoliberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neoliberal ini sedang nazak. Secara bengong, hanya pemimpin Orang Ini sahaja yang cuba menafikannya dan berkata Malaysia “terselamat.”

Dasar Ekonomi Bengong (DEB) ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi Orang Ini ini.Dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Orang Ini telah menandatangani perjanjian membeli Eurocopter.

Helikopter ini berharga RM2 bilion. Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia ditipu 1 bilion ringgit?Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Orang Ini. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti kita semua kerana yang membeli helikopter ini kerajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu kita semua.

Cara “menipu” ini samalah seperti cara Orang Ini membeli jet pejuang Sukhoi (Rusia) dan kapal selam Scorpene (Perancis). Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Tut-Tut yang menjalankan urus jual-beli.

Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurocopter ini.

Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?

Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi menteri kewangan, Orang Ini telah “melarikan 5 bilion ringgit” duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang dalam dana KWSP. Duit KWSP ini untuk kegunaan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.Menurut DEB Orang Ini, duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn Bhd. Penyaluran duit KWSP ini bertujuan menaikkan harga nilai saham syarikat-syarikat yang dianggap “jatuh nilai”.

Persoalan timbul - nilai saham ini rendah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukkan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu, kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlingkup juga.Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit, maka nilai sahamnya naik. Apabila nilainya naik, maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Apabila saham banyak terjual, maka nilai saham ini akan jatuh kembali.

Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di bursa saham Kuala Lumpur. Lima bilion ringgit ini akan dicekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. Lima bilion ringgit ini adalah duit kita semua yang diperjudikan di Bursa Malaysia oleh Orang Ini.

Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petroleum telah jatuh. Ketika artikel ini ditulis, harga setong minyak mentah 62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut, Petronas memerlukan 60 dolar. Ertinya, dalam satu tong kita hanya untung 2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka tidak berbaloi Petronas mengeluarkan minyak.

Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga jatuh. Pada ketika ini harga setan minyak sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan mendapat setan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan – lebih tinggi daripada pendapatan.

Justeru, kerana menyedari semua ini kita berharap agar Belanjawan 2009 disemak kembali. Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar setong dan harga sawit hampir 3,000 ringgit setan.

Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil petroleum dan minyak sawit. Jika harga dua bahan eksport utama negara kita jatuh, ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib dikaji semula.

Orang Ini yang menjalankan DEB (Dasar Ekonomi Bengong) telah menolak cadangan tersebut di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Orang Ini ialah “melarikan duit KWSP.”

Selama lebih 30 tahun sistem ekonomi kapitalis neoliberal diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neoliberal bermakna “apa yang boleh jual akan dijual, apa yang boleh beli dibeli”.

Sistem ini mengetepikan peranan daulah. Kerajaan tidak dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, janakuasa elektrik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai. Menurut falsafah neoliberal, jika kerajaan campur tangan, maka sistem ekonomi akan cacat.

Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut mengamalkan sistem kapitalis neoliberal. Hasilnya – lembaga elektrik dijual pada kroni, lembaga agihan air dijual pada kroni, jalan raya dijual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka anak-beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.

Untuk menipu rakyat, maka gerombolan United Malays National Organisation mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Apabila ada kritikan muncul, maka gerombolan ini akan berselindung bawah Perlembagaan Persekutuan dan hak keistimewaan Melayu. Jika kritikan datang daripada bukan Melayu, maka mereka akan mengatakan bahawa bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keistimewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam mereka dengan tindakan undang-undang.

Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak – selepas melakukan rompakan, mereka berselindung di masjid, kuil atau gereja. Beginilah taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.

DEB Orang Ini ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembahyang di mana. Apabila ekonomi kuncup, yang terpukul tenat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga hilang pekerjaan dan mata pencarian.Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neoliberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat.

Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup, maka semua ekonomi kapitalis neoliberal dalam dunia ini juga akan turut menguncup.Justeru DEB Orang Ini wajib digantikan secepat mungkin.
Malah Orang Ini sendiri wajib dihumbankan dalam tong sampah sejarah.

Langkah awal ialah konsep kembali ke bumi. Pertanian wajib dijadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menghasilkan tanaman makanan. Jika ekonomi meleset, orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan, maka anggaplah ini sebagai bonus.

Kembali ke bumi bertujuan membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah diporak-perandakan oleh dasar kapitalis neoliberal.

Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk mengasingkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara.

Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara berlandaskan neoliberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti gagal. Dasar kapitalis neoliberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasaskan kekutaan kaum pekerja, buruh dan tani.